Long time not see......
Tuesday, July 30, 2013 | 7/30/2013 06:14:00 PM | 0 comments
First of all. Assalamualaikum....Err, test test ada orang tak? Hahaha lama tak update blog ni. Jadi tergagap-gagap pula. Terasa macam terasing pun ada dalam dunia blogger ni. Ye la kan dah berapa bulan aku tak update. Dah bersawang teruk dah. Sampai cari button template pun dah tak jumpa hahahaha. K apa khabar semuaaaaaaaaa? Rinduuuuuu aku tak? Rindu tak nii? Hehehe.
Punca aku boleh update blog ni sebab aku ada masa. Ya aku free sekarang nii. Lately, ni busy nak mampus. Stress semakin membiak-biak dengan jayanya :/ Mana dengan trial nak dekat lagik. Omgaddddd lagi stress haku. Jangan kata la stress aku ni nasi 3 pinggan pun boleh habis hahaha. Kan? Stress sangat tu hahaha.
K Khamis ni bermula la trial haku dengan Sejarah kertas 3. And lepas raya pula untuk subjek seterusnya. Nampak gaya tak raya la aku. Nak raya pun tak senang. Eh ye ke? Budak sekarang ni. Nak raya punya pasal. Exam ka buku ka letak tepi dulu. Yang penting raya kan kan? Hahahaha tahu sangat.
Oh ya tiga hari lepas ada khabar yang agak buruk juga bagi aku and bagi sesiapa yang tidak menyukai PLKN. Hahahahahahahahahahaha k tak lawak. Aku dapat ah PLKN. Ya Allah, kalau boleh tolak. Aku nak tolak sampai jatuh, boleh? Hm hm. Tapi setengah orang kata best. Tak tau la best macam mana kan? 3 bulan kat sana. Entah aku rasa macam 3 tahun pa? Hahaha jangan la. Taknak la centu. Im gonna miss Keba hahaha. Dia tak dapat. Untung la kan -.-
Apa-apa pun taniah untuk sesiapa yang dapat p. Sesama kita menjalani liku-liku hidup kita selama 3 bulan disana sebagai pelatih. Hahahaha. Dapat jauh kan tak pasal hm.
Ok la. Sampai sini dulu. Letih tau dak update bulan puasa ni. Tangan aku pun puasa maa. Oh haa In Shaa Allah sebelum raya aku update k. So, harap kita dapat berkat dari malam 10 akhir Ramadhan ni. Aamin......
Bye
MaiiGadd.... Lamanya!
Tuesday, December 4, 2012 | 12/04/2012 04:23:00 PM | 0 comments
Assalamualaikum ♥
Hi, hello. Oh lamanya aku tak menaip ni. Ya Allah rasa tergagap-gagap pulak aku nak post entry ni. For the long long long time aku tak update ingat aku tak rindu dengan blog yang on the way nak usang ni. Of couse rindu gila ok! Tapi aku takdak masa nak menaip. Yelaaa. Masa yang ada pun untuk Twitter dan Facebook. Hahaha. Kesian blog ni. 4 bulan aku tak update. Memang lama ah. Dulu-dulu paling lama pun seminggu. Takpun 2 minggu. Sekarang ni? Sampai berbulan-bulan. Memang kesian la. XD Ni Twtter aku k. https://twitter.com/_SitiFaty promote jangan tk promote. XD
Memandangkan cuti sekolah dah bermula. Tu yang aku habiskan masa untuk kemaskinikan dan update entry baru. Kes bosan baru nak cari blog. Harhar. Eh? Mukadimah yang panjang tak melebihi 350 patah perkataan. Hahaha. So, apa khabar? Ada baik ka? Ada sihat ka? Kalau sakit tu mesti buas sangat tu, macam mana tak sakit kan? Tapi akhir-akhir ni kan demam, batuk dan selsema sedang berleluasa kan? Tak hairan la kalau korang pun kena sekali.
Sebelum tu, hi December and hi cuti sekolah yang paaaannnjaaaang. Aku sangat-sangat takut sebab December 2012 mungkin akan hilang dan akan muncul pulak Januari 2013. Oh please..... Start Januari 2013, aku akan digelar "Candidate SPM" *sigh* masa tu aku dah tak boleh main-main. Serious k serious. Itu merupakan masa depan aku. Cehhh. Berfalsafah pulak makcik Timah ni. So, lama tak dengar relationship aku macam mana kan? Kalau tknak ambik tau pun tk mengapa. Just, skip ja baca benda ni. Relationship aku ok jer. Tkdak masalah.
Cuti sekolah mesti ada yang pegi "holiday" kan? K aku jealous ah. Aku p pun time pegi ambik mak ayah aku kat airport masa diorang balik haji. Holiday apa benda nya kalau pusing kod KL ja. Cakap nak pegi Melaka, last-last tukar plan tak pegi. Argh, macam sengal aje. Tapi takpa la. Luangkan masa dekat rumah. Jaga kulit, besarkan badan. Harharhar. Selain dari itu, ada yang keja. Elelele. Cari duit la tu. Bak sikit. Aku takboleh keja. Kesian an an an :( K la sampai sini dulu. Ada masa aku update lagi.
#Cuti cuti jugak. Jangan duk buat keja tak berfaedah sudah k.





